Cari:
Krisis Hutang Greece Masih Belum Selesai
2015-07-13 12:03:17 CRI Cetak

Perbincangan Menteri-Menteri Kewangan anggota Euro yang berfokuskan isu krisis hutang Greece berakhir di Brussel semalam. Menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Kewangan Zon Euro, Jeroen Dijsselbloem, selepas perbincangan itu masih terdapat sesetengah "masalah besar" yang perlu diselesaikan melalui perbincangan pemimpin pelbagai negara.

Selepas gagal mencapai persepakatan dalam perbincangan pada 11 Julai lalu, Menteri-Menteri Kewangan anggota Euro terus mengadakan perbincangan mengenai cadangan pembaharuan baharu yang dikemukakan oleh Greece semalam. Selain itu, Persidangan Kemuncak Kesatuan Eropah(EU) yang melibatkan kehadiran 28 pemimpin negara yang dijadualkan diadakan selepas perbincangan itu turut dibatalkan, dengan digantikan dengan Sidang Kemuncak Zon Euro yang melibatkan kehadiran 19 negara anggotanya.

Dalam pada itu, Finland dilaporkan menentang bantuan terhadap Greece, di samping menyarankan Greece supaya berundur dari blok Euro. Manakala, Jerman menuntut Greece supaya terus membaiki perjanjian bantuan, dan menjual aset milik negara yang bernilai Euro 50 bilion bagi membayar hutang. Jika tidak, Greece perlu berundur dari blok Euro untuk tempoh sekurang-kurangnya selama 5 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China