Cari:
Susulan Novel 'To Kill A Mockingbird' Temui Pembaca
2015-07-13 14:57:23 CRI Cetak

Bagi penggemar karya sastera Inggeris, novel berjudul "To Kill A Mockingbird" bukanlah sesuatu yang asing kepada para pembaca.

Novel yang diklasifikasikan sebagai antara karya terhebat dalam sejarah kesusasteraan Amerika Syarikat itu, berkisarkan seorang peguam kulit putih yang berjuang membela nasib seorang lelaki kulit hitam yang dituduh merogol.

Kini, selepas 55 tahun, peminat novel ini boleh tersenyum apabila susulan novel tersebut akhirnya akan diterbitkan.

Laman sosial dipenuhi dengan luahan rasa tidak sabar menanti tarikh 14 Julai 2015, iaitu tarikh novel berjudul "Go Set A Watchmen" itu bakal dipasarkan.

Namun, ulasan awal menyatakan bahawa terdapat unsur perkauman pada watak utamanya, Atticus Finch, telah menjadi perbualan utama netizen. Ada yang mengkritik, tetapi tidak kurang juga yang berpendapat isu berkenaan perlu dihadapi dengan hati terbuka.

(sumber daripada Astro Awani Malasysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China