Cari:
Beijing Mampu Anjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
2015-07-14 14:12:25 CRI Cetak

Keputusan mengenai pemilihan tuan rumah temasya Sukan Olimpik Musim 2022 akan diumumkan pada 31 Julai nanti. Menurut laporan penilaian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang diumumkan pada awal bulan Jun lalu, sebagai bandar raya yang pernah berjaya menganjurkan Sukan Olimpik 2008, Beijing mempunyai kelebihan yang amat besar dari segi infrastruktur bagi menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk Tahun 2022.

Dari segi pengangkutan, lapangan terbang antarabangsa Beijing dan lapangan terbang Zhangjiakou yang bakal siap dibina pada tahun 2019 akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada para pelancong. Selain itu, landasan kereta api berkelajuan tinggi juga disediakan bagi menghubungkan tiga tempat pertandingan, di samping dua lebuh raya dan satu jalan raya yang menghubungkan Beijing dengan Zhangjiakou.

Menurut laporan tersebut, sekarang di Beijing terdapat lebih 40 ribu bilik hotel yang terdiri daripada hotel dua bintang hingga lima bintang dengan kadar harga yang berpatutan.

Selain itu, dari segi penjagaan kesihatan, Beijing berkemampuan untuk menyediakan keperluan rawatan untuk temasya Sukan Olimpik tersebut, di samping mengekalkan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada penduduk tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China