Cari:
Perjanjian Muktamad Krisis Hutang Greece Tercapai
2015-07-14 12:59:31 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Zon Euro mencapai perjanjian muktamad berhubung dengan krisis hutang Greece semalam selepas rundingan selama 17 jam. Pemimpin-pemimpin dari negara Zon Euro turut menyifatkan pencapaian perjanjian itu sebagai isyarat positif dan berfaedah untuk memelihara kestabilan ekonomi Zon Euro.

Jurucakap Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Gerry Rice berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Greece dan Eropah bagi menangani krisis hutang Greece.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy dalam sidang akhbar selepas sidang kemuncak itu berkata, perjanjian yang dicapai antara Greece dengan pihak pemiutang itu bukan sahaja membantu menyelamatkan ekonomi Greece, tetapi juga berfaedah untuk memperkukuh kekuatan Zon Euro. Beliau turut menekankan pentingnya pelbagai pihak berkenaan menunaikan kewajipan dan menyelesaikan tugas masing-masing.

Walau bagaimanapun, menurut Canselor Jerman, Angela Merkel, pihak pemiutang dan Greece tetap menghadapi banyak cabaran sebelum pelaksanaan pusingan ketiga bagi menyelamatkan ekonomi Greece.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China