Cari:
Pembaharuan demi Pertumbuhan Ekonomi
2015-07-14 13:00:50 CRI Cetak

Usaha kawalan ekonomi makro perlu mengikut hala tuju yang tepat bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang ketika mempengerusikan mesyuarat tentang situasi ekonomi semasa baru-baru ini.

Li berkata, ekonomi China yang mantap pada masa ini masih menghadapi tekanan kemerosotan. Dalam pada itu, dasar fiskal yang proaktif dan dasar kewangan yang stabil perlu dilaksanakan.

Di samping itu, kerajaan perlu berusaha untuk memastikan pembangunan seimbang dalam harga barangan, pengambilan pekerja, pendapatan rakyat dan usaha perlindungan alam sekitar.

Tegas beliau, pembaharuan dan inovasi merupakan asas bagi penaiktarafan ekonomi. Beberapa inisiatif yang diamalkan kerajaan termasuk "Buatan China 2025", "internet+" dan "Satu Jalur dan Satu Laluan" boleh dimanfaatkan oleh perusahaan domestik untuk meningkatkan daya saingan dan prestasi mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China