Bagi menutup tirai Minggu Nanjing China di Ekspo Milan 2015, persembahan Fesyen Yunjin yang memperagakan 37 koleksi gaun malam Yunjing hasil rekaan pereka fesyen China, Laurence Xu, diadakan di Milan, Itali pada 13 Julai lalu. Yunjin, sejenis kain broked tradisional China yang dihasilkan di bandar Nanjing, ibu kota provinsi Jiangsu telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Aset Bukan Kebendaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) pada tahun 2009.