Cari:
Israel: Perjanjian Isu Nuklear Iran "Kesalahan"
2015-07-15 17:22:55 CRI Cetak

Menurut kenyataan bersama oleh Menteri Luar Iran, Javad Zarif dan Wakil Kanan Kesaturan Eropah (EU) atas dasar luar dan keselamatan, Frederica Mogherini semalam, Iran dan enam negara yang terlibat dengan isu nuklear Iran, iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman mencapai perjanjian komprehensif selepas rundingan pusingan akhir selama lebih separuh bulan. Perjanjian tersebut akan dikuatkuasakan selepas diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat. Pencapaian perjanjian itu disambut baik oleh masyarakat antarabangsa, namun mengalami ketidakpuasan Israel.

Presiden Iran, Hassan Rouhani menyampaikan ucapan menerusi televisyen semalam. Beliau berkata, sekiranya perjanjian itu dapat dilaksanakan lancar, ketidakpercayaan antara Iran dengan negara-negara Barat akan dihapuskan. Hubungan Iran dengan negara-negara lain di rantau Asia Barat juga akan memasuki era baharu. Beliau berkata, Iran bersedia meningkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Asia Barat untuk bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan berkata, beliau yakin bahawa perjanjian komprehensif itu akan membawa persefahaman dan kerjasama kepada kawasan Asia Barat dalam isu-isu cabaran keselamatan.

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan, cabaran yang paling besar ialah sama ada perjanjian itu benar-benar dilaksanakan. Pelbagai pihak perlu membina dan mengukuhkan keyakinan serta menunaikan komitmen masing-masing.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan perjanjian komprehensif itu sebagai "kesalahan sejarah yang menakjubkan". Beliau mendakwa bahawa dunia akan menjadi semakin berbahaya kerana Iran akan mendapat dana beratus-ratus bilion dolar Amerika dalam tempoh 10 tahun akan datang. Namun negara itu tidak akan berhenti menyokong keganasan, tidak akan mengubahkan dasar untuk membasmi Israel. Oleh itu, Israel akan terus memelihara keselamatan sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China