Cari:
China Berperanan Penting dalam Penyelesaian Isu Nuklear Iran
2015-07-15 17:25:53 CRI Cetak
Rundingan isu nuklear Iran yang telah berlangsung selama 13 tahun berakhir semalam. Dalam proses ini, China telah memainkan peranan yang bersifat membina untuk menggalakkan isu tersebut diselesaikan.

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan demikian ketika diwawancara oleh media China dan asing selepas Sidang Menteri Luar Enam Negara Terlibat Isu Nulear Iran dengan Iran semalam.

Beliau berkata, sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menjaga kedamaian dan keselamatan antarabangsa. China aktif menyertai proses rundingan isu nuklear Iran dengan sikap membina dan membuat pengantaraan dengan pendirian yang adil dan objektif. Peranan China yang bersifat membina itu mendapat pujian oleh pelbagai pihak. China akan terus memberikan sumbangan untuk pelaksanaan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Sidang Menteri Luar Enam Negara Terlibat Isu Nuklear Iran dengan Iran diadakan semalam. Pelbagai pihak telah mencapai perjanjian komprehensif tentang penyelesaian isu nuklear Iran. Wang Yi mewakili kerajaan China menandatangani perjanjian berkenaan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China