Cari:
Koleksi Gambar Planet Pluto Paling Jelas
2015-07-15 15:09:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Prob New Horizons milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) terbang melewati planet Pluto dalam jarak terdekat iaitu kira-kira 12,500 kilometer dari planet tersebut, pada pukul 7.49 pagi, 14 Julai Waktu Timur AS (pukul 7.49 malam waktu Beijing). Koleksi gambar planet Pluto yang diambil oleh New Horizons, yang merupakan yang paling jelas setakat ini, juga didedahkan oleh NASA pada hari yang sama.

Dengan ini, prob yang dilancarkan pada Januari 2006 tersebut menjadi prob pertama yang berjaya mengesan dan memasuki ruang angkasa sekitar planet kerdil yang jauh dari matahari itu, selepas penerbangan selama sembilan tahun.

Seterusnya, New Horizons akan meneruskan perjalanannya ke Jalur Kuiper untuk mengkaji bahan-bahan yang dipercayai dapat membuktikan pembentukan awal sistem solar.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China