Cari:
Bukti Sejarah yang Kukuh Sangkal Ucapan Sayap Kanan Jepun
2015-07-15 14:28:24 CRI Cetak

Sempena memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan perang menentang pencerobohan tentera Jepun dan perang anti Fasis dunia, Jabatan Penerbitan Sejarah Parti Komunis China(PKC) sekali lagi mengedarkan beberapa buku yang memaklumkan hasil tinjauan dan kajian terbaharu mengenai jumlah kematian dan kecederaan serta kerugian harta benda China dalam tempoh perang itu. Dalam sidang media semalam, bekas Naib Pengarah Jabatan Penyelidikan Sejarah Jawatankuasa Pusat PKC, Li Zhongjie menyatakan bahawa hasil kajian tersebut memaklumkan secara terperinci dan sistematik kegiatan pencerobohan tentera Jepun terhadap China, sekali gus menyangkal dengan keras ucapan yang menafikan pencerobohan oleh kekuatan sayap kanan Jepun.

Sempena Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, jumlah anggota tentera Jepun di metan perang China seramai 1.86 juta orang, menempati lebih 50% jumlah askarnya di seberang laut, iaitu 3.58 juta orang. Selain itu, seramai lebih 1.5 juta askar Jepun ditembak mati atau ditahan pasukan tentera China dalam tempoh perang itu. Data-data tersebut diumumkan buat pertama kali oleh pihak China.

Menurut Li Jiezhong, bermula pada tahun 2004, pihaknya telah menjalankan kerja tinjauan dan kajian secara besar-besaran tentang fakta-fakta sejarah dalam perang tersebut. Tinjauan yang berlangsung selama 10 tahun dan disertai 600 ribu orang itu menunjukkan bahawa pencerobohan Jepun terhadap China mengakbiatkan melebihi 35 juta orang China mati dan cedera, antaranya 3.8 juta merupakan anggota tentera. Angka ini merupakan 1/3 jumlah kematian dan kecederaan pelbagai negara dalam tempoh itu. Selain itu, menurut kadar harga pada tahun 1937, kerugian harga benda pihak rasmi China dan penggunaan dalam perang melebihi USD 100 bilion, manakala kerugian ekonomi bukan langsung mencatat USD 500 bilion.

Li Zhongjie menyatakan bahawa hasil tinjauan dan kajian mesti bersandar pada fakta, dokumen dan bahan arkib serta testimoni saksi. Dengan menjalankan tinjauan dan kajian tersebut, pihak China mendapati bahawa penceroboh Jepun bukan hanya melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar Nanjing, malah juga melakukan pembunuhan terhadap lebih daripada 800 orang sekali sebanyak 173 kali di seluruh China.

Li Zhongjie menegaskan bahawa China menjalankan tinjauan dan kajian seumpama itu adalah untuk memperingati sejarah dan mencatat sejarah itu dengan fakta. China akan memperkenalkan hasil tinjauan itu kepada rakyat semua negara dalam pelbagai bahasa asing termasuk bahasa Jepun.

Selain itu, "hasil penyelidikan teori terbaharu mengenai sumbangan China dalam Perang Dunia II" yang diumumkan pada hari yang sama menunjukkan bahawa rakyat China telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada kemenangan perang anti Fasis dunia di samping mencapai kemenangan dalam perang menentang pencerobohan tentera Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China