Cari:
Akta "Tukar Bantuan Baharu dengan Pembaharuan" Greece Berkuatkuasa
2015-07-16 15:33:43 CRI Cetak

Parlimen Greece hari ini meluluskan pakej rang undang-undang "Menukar Bantuan Baharu dengan Pembaharuan" untuk memperoleh bantuan pusingan ketiga bagi menangani krisis hutang semasa.

Perdana Menteri Greece berkata bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan sesetengah langkah yang terkandung dalam akta tersebut, termasuk meningkatkan tahap kutipan cukai dan membatalkan dasar bersara sebelum waktunya.

Bagaimanapun, ketika menghadapi kata tua pihak pemiutang, Greece perlu membuat pilihan antara menerima perjanjian bantuan baharu, atau berdepan kemungkinan terjerumus dalam kehancuran sistem kewangan sendiri, malah berundur dari zon Euro.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China