Cari:
China Komited Stabilkan Import-eksport
2015-07-16 11:52:27 CRI Cetak

Kerajaan China akan terus melaksanakan pendekatan untuk megemaskan sebahagian prosedur pentadbiran dan memajukan inovasi, di samping memelihara kestabilan usaha import-eksport. Keputusan berhubung hal tersebut dibuat dalam mesyuarat rutin Dewan Negara China yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang semalam.

Menurut mesyuarat itu, perkembangan ekonomi negara ini tetap stabil dan mengekalkan trend yang baik berikutan pelaksanaan langkah kawalan oleh kerajaan. Di samping itu, operasi ekonomi turut mencapai kemajuan yang positif dalam pelbagai bidang termasuk pengubahsuaian struktur, penaiktarafan perindustrian dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan dengan itu, kerajaan China akan terus berusaha meningkatkan lagi tahap keterbukaan pintu. Usaha-usaha itu akan memberikan tumpuan bagi tujuan mempermudahkan aktiviti perdagangan luar, mengurangkan beban syarikat domestik yang mengusahakan perdagangan luar, dan meningkatkan daya saingan syarikat domestik di pasaran antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China