Cari:
Pelbagai Golongan Jepun Bantah Kelulusan Rang Undang-undang Keselamatan
2015-07-16 13:27:38 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Suruhanjaya Khas Perundangan Damai dan Keselamatan Dewan Perwakilan Rakyat Diet Jepun meluluskan rang Undang-undang Keselamatan yang dikemukakan kabinet Shinzo Abe tanpa mempedulikan bantahan pelbagai pihak semalam. Sehubungan dengan itu, pelbagai golongan masyarakat Jepun mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan membantah kabinet Abe berdegil untuk mengeluarkan "rang undang-undang peperangan" itu.

Pemimpin beberapa parti pembangkang utama dalam rundingan petang semalam memutuskan tidak akan menghadiri sesi pengundian dalam mesyuarat pleno dewan perwakilan yang diadakan pada 16 Julai bagi bersama-sama memboikot rang undang-undang tersebut.

Setiausaha Agung Parti Demokratik yang merupakan parti pembangkang terbesar di Jepun, Eno Yukio ketika menyampaikan ucapan di jalanan Tokyo semalam berkata, tindakan Shinzo Abe itu membawa Jepun menempuhi jalan yang bahaya.

Kumpulan SEALDS, iaitu pertubuhan anti peperangan yang terdiri daripada pelajar Jepun mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Diet malam semalam, untuk menyeru memelihara perlembagaan damai dan menuntut Shinzo Abe meletakkan jawatan. Demonstrasi itu turut disertai oleh kira-kira 60 ribu penduduk tempatan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China