Cari:
Jepun Digesa Elakkan Tindakan Jejaskan Kestabilan Serantau
2015-07-16 15:27:55 CRI Cetak

Jepun digesa mengelakkan tindakan yang menjejaskan kepentingan keselamatan China dan kestabilan serantau. Gesaan itu dibuat oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika menyentuh tentang rang Undang-undang Keselamatan diluluskan oleh Dewan Perwakilan Diet Jepun hari ini.

Hua berkata, kecenderungan ketenteraan Jepun tetap menjadi perhatian pelbagai negara jiran di rantau Asia dan masyarakat antarabangsa disebabkan faktor sejarah. Rang Undang-undang Keselamatan baharu diluluskan oleh Dewan Perwakilan Diet Jepun merupakan tindakan yang tidak pernah berlaku sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, dan bermungkinan membawa perubahan besar kepada dasar ketenteraan dan keselamatan negara itu.

Tambah jurucakap ini, terdapat alasan untuk mencurigai sama ada Jepun akan membatalkan dasar pertahanan yang semata-mata bertujuan untuk membela diri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China