Cari:
Undang-undang Keselamatan Jepun Ancam Keselamatan Serantau
2015-07-17 14:10:26 CRI Cetak

Kelulusan rang Undang-undang Keselamatan oleh Dewan Perwakilan Rakyat Jepun dianggap tindakan yang memberi ancaman kepada keselamatan serantau.Tindakan itu turut dibantah oleh masyarakat antarabangsa.

Harian Ekonomi Korea dalam artikel yang disiarkan melalui laman webnya menganggap tindakan Kabinet Shizo Abe itu dibimbangi akan menimbulkan huru hara yang teruk dalam order di rantau Asia Timur Laut. Artikel itu turut mengutip analisis berkenaan bahawa tindakan Shinzo Abe untuk menghalalkan hak pertahanan kolektif berniat untuk menjadikan Jepun "sebuah negara yang boleh berperang." Hal ini akan memburukkan lagi hubungan negara itu dengan Korea Selatan yang menghadapi kerumitan pada masa ini.

Pakar isu pertahanan dan diplomatik Amerika Syarikat (AS), Ted Carpenter mengulas bahawa Jepun sentiasa menunjukkan kedegilan dalam bidang ketenteraan pada beberapa tahun yang lalu. Rang Undang-undang Keselamatan menimbulkan perselisihan pendapat di masyarakat awam Jepun. Kekuatan ketenteraan Jepun yang semakin meningkat jelaslah menambah faktor tidak menentu kepada situasi keselamatan di rantau Asia Timur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China