ANT-MAN merupakan filem ke-12 dalam francais filem superhero dibawah jenama Marvel Cinematic Universe. Ant-Man juga bertindak selaku penutup fasa kedua siri filem itu yang bermula dengan Iron Man 3 pada tahun 2013.
Berlandaskan bajet USD130 juta, Ant-Man yang diarahkan oleh Peyton Reed yang sebelum ini popular menerusi karya-karyanya seperti Bring It On, The Break-Up dan Yes Man.
Latar ceritanya berlaku beberapa bulan selepas filem Avengers: Age of Ultron.
Filem aksi sepanjang 117 minit ini menampilkan seleksi karekter-karekter baru dari siri komik Marvel dibawa ke layar perak.
Filem ini telah ditayangkan di AS pada 16 Julai, 2015 .
(sumber daripad ASTRO AWANI Malaysia)