Cari:
China Gesa Jepun Gubal Dasar yang Lebih Kondusif
2015-07-17 13:54:33 CRI Cetak

Dialog Politik Peringkat Tinggi China-Jepun yang dipengerusikan bersama-sama oleh anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Ketua Jabatan Keselamatan Negara Jepun, Syotaro Yachi diadakan di Beijing semalam. Yang Jiechi dalam dialog itu menggesa Jepun agar menggubal dan melaksanakan dasar yang benar-benar berfaedah kepada perkembangan hubungan bilateral kedua-dua negara.

Yang Jiechi menyatakan bahawa perkembangan hubungan China-Jepun bukan sahaja berkait rapat dengan kepentinggan asas rakyat dan kedua-dua negara, bahkan memberi pengaruh penting kepada Asia bahkan dunia. Kedua-dua pihak membuat keputusan untuk mengadakan dialog politik peringkat tinggi demi bertukar-tukar pendapat mengenai masalah yang melibatkan hubungan bilateral dan masalah yang lebih mendalam. Langkah ini amat bemakna dan penting bagi meningkatkan komunikasi strategik antara kedua-dua negara.

Ketika dialog itu bermula, Yang Jiechi telah mengetengahkan isu mengenai hala tuju perkembangan hubungan China-Jepun. China akan mengadakan aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 kemenangan perang rakyat China menentang pencerobohan Jepun dan kemenangan perang anti Fasis dunia, serta ulang tahun ke-70 hari penyerahan kalah Jepun pada 15 Ogos nanti. Pada masa yang begitu sensitif dalam hubungan China-Jepun, dialog strategik yang dijalankan oleh kedua-dua pihak amat perlu.

Yang Jiechi menggesa Jepun pada saat yang amat penting ini mengeluarkan isyarat positif mengenai isu sejarah, dan menangani isu yang sensitif dengan baik, serta menggubal dan melaksanakan dasar yang berfaedah kepada perkembangan hubungan bilateral.

Pada hari yang sama dialog itu diadakan, Diet Jepun meluluskan secara paksa rang undang-undang keselamatan yang bertujuan membolehkan penggunaan hak pertahanan diri kolektif. Yang Jiechi membentangkan keprihatinan dan pendirian China, menggesa Jepun mengambil iktibar daripada sejarah, mengekalkan pembangunan secara damai, menghormati keprihatinan negara jiran terhadap isu keselamatan, serta jangan mengambil tindakan yang tidak kondusif kepada kedamaian dan kestabilan serantau.

Yang Jiechi menegaskan bahawa China tetap menganjurkan hubungan bilateral China-Jepun digalakkan berdasarkan empat dokumen politik yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China