Cari:
Bank Dunia: AIIB Rakan Kerjasama yang Penting
2015-07-18 16:02:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bank Dunia memandang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia(AIIB) sebagai rakan kerjasama yang penting dalam usaha memajukan pembinaan infrastruktur di lingkungan dunia. Kedua-dua pihak ini akan mengadakan perbincangan terhadap program pelaburan bersama di Washington pada bulan Oktober nanti. Demikian dinyatakan oleh Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim di Beijing semalam.

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan penubuhan AIIB, dan menyanjung usaha pimpinan China dalam hal tersebut. Pembinaan infrastruktur di negara pasaran baru muncul dan negara berpendapatan rendah dianggarkan memerlukan dana pelaburan sebanyak USD 1 hingga 1.5 trilion (RM3.8 hingga 5.7 trilion) setiap tahun. Keperluan itu tidak dapat dipenuhi sekalipun dengan dana yang disediakan oleh semua institusi kewangan mutilateral yang sedia ada. Oleh yang demikian, penyertaan pelabur yang baharu amat diperlukan.

Sebanyak 50 buah negara telah menandatangani perjanjian untuk menjadi negara pengasas AIIB setakat penghujung bulan Jun lalu. AIIB yang mempunyai modal saham bernilai USD 100 bilion (RM380 bilion) itu beribu pejabat di Beijing. Bank itu akan ditubuhkan secara rasmi menjelang akhir tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China