Perjanjian komprehensif tentang penyelesaian isu nuklear Iran dicapai dalam rundingan antara Iran dengan enam kuasa dunia, iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman di Vienna pada 14 April lalu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin memberikan penghargaan kepada AS yang memegang pendirian bersifat membina dalam mendorong pencapaian perjanjian tersebut. Demikian dinyatakan oleh Putin dalam perbincangan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama pada 15 Julai lalu. Kedua-dua pemimpin dalam perbincangan itu turut menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dalam usaha melaksanakan perjanjian komprehensif itu dan usaha memerangi keganasan.
Negara-negara Barat termasuk AS tetap mengenakan sekatan ekonomi, dan memberikan tekanan dari segi diplomatik dan ketenteraan kepada Rusia sejak tercetusnya krisis Ukraine. Hal ini menjadikan hubungan antara Rusia dengan AS menghadapi kebuntuan. Sebuhungan dengan itu, Putin baru-baru ini menyeru agar kedua-dua negara itu mengadakan dialog yang "saksama dan saling menghormati".