Perjanjian Minsk yang baharu perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya bagi meredakan situasi yang tegang di kawasan timur Ukraine.
Demikian ditegaskan oleh pemimpin-pemimpin dari Rusia, Jerman, Perancis dan Ukraine dalam persidangan menerusi telefon yang diadakan semalam.
Perkembangan situasi di timur Ukraine, terutamanya pemilihan di kawasan timur dan pemulihan ekonomi antara tumpuan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sekatan terhadap negeri Donetsk dan negeri Luhansk memberikan halangan yang besar terhadap pemulihan ekonomi tempatan. Pembentukan mekanisme dialog langsung antara kerajaan Ukraine dengan wakil dari kedua-dua negeri itu merupakan syarat penting bagi menyelesaikan konflik di kawasan timur Ukraine.