Cari:
Forum Peniaga Cina Dunia ke-9 di Itali
2015-07-19 15:55:22 CRI Cetak

Forum Peniaga Cina Dunia ke-9 diadakan di pekan Campione, Lombardia, Itali semalam. Forum yang bertemakan "Perkembangan Harmoni untuk Masa Depan" itu menyaksikan kehadiran beratus-ratus peniaga Cina dari lebih 30 buah negara.

Mao Aibin, Pengerusi Persatuan Perusahaan Cina Itali ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian forum itu telah menyatakan, konsep strategik "Satu jalur & satu laluan" yang diinisiatif oleh China akan menggabungkan rim ekonomi Eropah yang maju dengan kawasan Asia Timu Laut yang makmur. Peniaga Cina pelbagai negara perlu meningkatkan pertukaran maklumat komersial, memperluas sumber sosialisasi, merebut peluang sepanjang pelaksanaan "Satu jalur & satu laluan" untuk merealisasikan pembangunan yang bersifat menang-menang.  

Topik perbincangan dalam forum kali ini melibatkan peluang e-dagang transnasional, transformasi industri tradisional, dan pemerolehan modal kewangan.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China