Pejabat keselamatan Arab Saudi menumpaskan satu rangkaian pengganas berkaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS), dengan menangkap 431 orang anggota rangkaian tersebut.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalaman Arab Saudi semalam.
Menurut beliau, anggota yang ditangkap itu kebanyakannya warga Arab Saudi, dan juga ada yang berasal dari Yaman, Mesir, Jordan, Syria, Algeria, Nigeria dan Chad. Mereka dilaporkan berkomplot untuk melakukan serangan keganasan terhadap masjid, agensi kerajaan, kemudahan keselamatan dan polis di beberapa tempat di Arab Saudi, dan sebahagian daripada komplot tersebut sudah dilaksanakan.