Cari:
Demonstrasi "Politik Abe Tidak Dapat Dimaafkan" di Seluruh Jepun
2015-07-19 15:20:39 CRI Cetak

Tokok-tokoh dari golongan intelektual dan kesusasteraan Jepun melancarkan kempen bersepadu di seluruh negara untuk membantah Perdana Menteri, Shinzo Abe. Para peserta dalam kempen itu memegang karton yang tertera "Politik Abe Tidak Dapat Dimaafkan" di beberapa tempat awam termasuk perhentian bas dan jalan raya. Ramai peserta juga menyebarkan gambar-gambar berkaitan dengan kempen itu melalui sosial media.

Lebih 5,000 orang peserta juga mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan Diet Jepun. Seorang penaja kempen itu ketika berucap dalam demonstrasi berkenaan menyeru rakyat Jepun agar jangan ditipu oleh Shinzo Abe dan mengambil tahu betul-betul niat politiknya.  

Menurut tinjauan pendapat umum yang dilakukan oleh Agensi Berita Kyodo pada 17 dan 18 Julai, kadar sokongan terhadap kabinet Shinzo Abe menurun 9.7% kepada 37.7% pada bulan Jun, manakala kadar tidak menyokong pula meningkat kepada 51.6%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China