Hotel Henn-na di Sasebo, Kyushu, Jepun memperkenalkan perkhidmatan robot untuk menggantikan tugas manusia melayan pelanggan.
Robot yang fasih berbahasa Jepun dan berpakaian seragam itu dapat membantu pelanggan mendaftar masuk, menolak troli automatik untuk menghantar bagasi ke bilik tetamu, atau membersihkan bilik.
Satu lagi keunikan hotel ini ialah penggunaan teknologi pengecaman muka dengan mendaftar imej digital muka tetamu semasa daftar masuk.