Amber Heard, isteri bintang Hollywood, Johnny Depp, berhadapan hukuman penjara dan denda kerana membawa dua ekor anjing peliharaannya memasuki Australia secara haram baru-baru ini.
Dilaporkan, Heard didakwa dengan dua pertuduhan, iaitu mengimport anjingnya secara haram ke Australia dan satu lagi pertuduhan kerana memalsukan dokumen berkenaan.