Cari:
AS Bakal Berunding dengan Israel tentang Perjanjian Program Nuklear Iran
2015-07-20 13:08:15 CRI Cetak

Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter tiba di Israel semalam untuk melakukan lawatan yang merupakan kali pertama bagi beliau ke negara itu sebagai Setiausaha Pertahanan AS. Beliau akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Moshe Ya'alon pada hari ini dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari esok untuk merundingkan isu-isu keselamatan yang menjadi tumpuan Israel termasuk perjanjian program nuklear Iran yang baru dicapai.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pernah menyatakan ketidakpuasan mendalam terhadap perjanjian tersebut dan menyifatkan perjanjian itu sebagai "kesalahan yang bersifat sejarah". Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya tidak akan terikat dalam perjanjian itu, sebaliknya akan mengambil tindakan ketenteraan untuk menghalang Iran memiliki senjata nuklear jika perlu.

Selepas Perjanjian Komprehensif tentang Program Nuklear Iran tercapai, Presiden AS Barack Obama dan Setiausaha Negara AS, John Kerry pernah berhubung dengan Natanyahu melalui telefon untuk menegaskan lagi komitmen keselamatan AS kepada Israel dengan menyatakan akan membantu Israel terus meningkatkan kekuatan ketenteraan serta meningkatkan kerjasama AS-Israel dalam sektor keselamatan dan maklumat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China