Cari:
Keadaan Pasaran Saham China Kembali Catatkan Prestasi yang Stabil
2015-07-20 14:20:47 CRI Cetak

Keadaan yang tidak stabil di pasaran saham China berakhir pada asasnya selepas kerajaan mengambil langkah yang rasional. Demikian dinyatakan Naib Menteri Kewangan China, Zhu Guangyao ketika diwawancara kelmarin. Beliau turut menyatakan keyakinan tinggi terhadap pasaran saham China yang akan berkembang dengan sihat.

Zhu Guangyao menganggap bahawa kerajaan China menimba pengalaman negara lain termasuk Britain dan AS, mengambil tindakan yang segera dan pada tahap yang sesuai agar pasaran saham kembali stabil sekali gus mencegah panik.

Namun, tindakan China tersebut juga mengundang kritikan daripada negara lain. Sehubungan itu, Zhu Guangyao menyatakan bahawa tindakan yang diambil kerajaan China untuk menstabilkan pasaran saham tersebut adalah munasabah. China akan mengadakan penilaian terhadap prestasi pasaran sekarang dan menggubal dasar untuk menghadapi keadaan pasaran saham yang tidak stabil yang mungkin berlaku pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China