Cari:
DPRK Tolak Hadiri Dialog Keselamatan Seoul
2015-07-21 14:33:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Korea Selatan menyatakan rasa kesal terhadap Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) menolak untuk menghadiri Dialog Keselamatan Seoul dan Rundingan Speaker Parlimen Korea Selatan-DPRK, selain mengecam keikhlasan penganjuran dialog pihak Korea Selatan.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Penyatuan Korea Selatan, Jeong Joon-Hee dalam sidang media semalam.

Menurut Agensi Pusat Berita DPRK, Jawatankuasa Penyatuan Tanah Air secara Damai DPRK dalam sebuah kenyataan menegaskan bahawa suasana untuk mengadakan dialog DPRK-Korea Selatan belum diwujudkan berikutan hubungan kedua-dua pihak menghadapi masalah pada masa ini. Di samping itu, Korea Selatan perlu mempunyai kemampuan menyelesaikan isu perkauman bersendirian terlebih dahulu, perlu melepaskan dasar anti-DPRK secepat mungkin serta mengiktiraf dan melaksanakan pelbagai deklarasi bersama yang telah dicapai antara kedua-dua pihak.

Inilah kali pertama Korea Selatan mengundang DPRK untuk menghadiri Dialog Keselamatan Seoul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China