Cari:
Xi Jinping Hubungi Barak Obama Melalui Telefon
2015-07-21 14:52:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping hari ini menghubungi Presiden AS, Barak Obama melalui telefon atas undangan Presiden Obama.

Xi menyatakan bahawa hubungan China dan AS berkembang baik pada keseluruhannya. Kedua-dua negara mengekalkan komunikasi dan penyelarasan yang erat dalam pengurusan isu antarabangsa, serantau dan global. Beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke AS pada bulan September atas undangan Presiden Obama. Beliau bersedia meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara dan memperluas kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang melalui lawatan itu.

Presiden Xi menegaskan bahawa, China dan AS menjalankan komunikasi dan penyelarasan yang berkesan dalam proses rundingan berhubung isu nuklear Iran. Hal ini juga memperlihatkan pembinaan hubungan kuasa besar model baharu antara kedua-dua negara. China akan terus mengekalkan kerjasama yang bersifat membina dengan semua pihak terlibat termasuk AS untuk memastikkan pelaksanaan perjanjian komprehensif tentang program nuklear Iran dan resolusi PBB.

Obama pula berkata, rakyat AS dan beliau sendiri menanti-nantikan lawatan rasmi Presiden Xi ke AS. China memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian perjanjian komprehensif berhubung isu nuklear Iran. AS mengucapkan terima kasih atas sumbangan China kepada pencapaian perjanjian yang bersifat sejarah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China