Cari:
Ling Jihua Dilucut Keahlian PKC
2015-07-21 11:41:10 CRI Cetak

Bekas pegawai kanan China, Ling Jihua dilucut keahlian Parti Komunis China (PKC). Sidang Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC membuat keputusan itu setelah membahaskan dan meluluskan laporan siasatan yang diserahkan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Disiplin Jawatankuasa Pusat PKC semalam.

Ling Jihua didapati melanggar secara serius disiplin PKC dengan menyalahgunakan kuasa, menerima rasuah, membocorkan rahsia parti dan negara. Tindakannya membelakangi prinsip dan tujuan PKC, mencemar imej parti sehingga mengakibatkan pengaruh yang buruk dalam kalangan masyarakat.

Ling Jihua mula disiasat pada 22 Disember 2014, semasa memegang jawatan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Mesyuarat Politik Rakyat China.

Selain dilucut keahlian, Ling Jihua juga akan menghadapi perbicaraan mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China