Cari:
UNSC Kesahkan Perjanjian Program Nuklear Iran
2015-07-21 11:42:42 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengeluarkan resolusi semalam untuk mengesahkan Perjanjian Komprehensif tentang Program nuklear Iran yang dicapai antara enam kuasa besar dengan Iran di Vienna baru-baru ini.

Resolusi itu mengalu-alukan perjanjian tersebut dicapai pada 14 Julai lalu selepas China, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, AS dan Kesatuan Eropah (EU) menjalankan usaha diplomatik dengan Iran untuk menyelesaikan isu nuklear Iran dengan menyeluruh dan sempurna dalam jangkan masa yang panjang.

Wakil tetap China ke PBB, Liu Jieyi menyatakan bahawa pengesahan UNSC terhadap perjanjian itu merupakan langkah yang penting bagi melaksanakannya dan juga adalah permulaan yang baik. Pelaksanaan perjanjian dalam tempoh sedekad berikutnya amat penting, dengan ini, pelbagai pihak terlibat perlu melaksanakan resolusi UNSC dan perjanjian itu secara seimbang, tepat dan menyeluruh. Berdasarkan prinsip saling menghormati, sama rata dan saling menguntungkan, pelbagai pihak perlu menyelesaikan dengan baik perselisihan yang mungkin muncul dalam proses pelaksanaan perjanjian itu. Tambah beliau, China akan terus mengambil sikap yang bertanggungjawab untuk memberikan sumbangan baharu kepada pelaksanaan perjanjian itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China