Cari:
Latihan Ketenteraan Bersama 18 Negara di Ukraine
2015-07-21 13:20:50 CRI Cetak

Kementerian Pertahanan Ukraine semalam mengumumkan latihan ketenteraan bersama 18 buah negara yang berkod "Rapid Trident" di pangkalan Pusat Pengaman dan Keselamatan Antarabangsa, Institut Tentera Darat, Negeri Lviv, kawasan barat Ukraine.

Menurut maklumat laman sesawang Kementerian Pertahanan Ukraine, seramai lebih 1,800 anggota tentera dari 18 buah negara termasuk Ukraine, AS, Kanada, Britain, Jerman dan Poland menyertai latihan ketenteraan yang melibatkan kira-kira 800 orang anggota tentera Ukraine dan 500 anggota tentera AS. Latihan ketenteraan kali ini akan menggunakan helikopter, kereta perisai dan kenderaan tentera yang lain di samping menjalankan latihan tembakan.

Tujuan latihan kali ini adalah untuk melatih pasukan pelbagai negara yang baru dibentuk menjalankan misi pengaman dalam rangka pertempuran bersifat defensif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China