Cari:
WBG, ADB Ucapkan Tahniah terhadap Pembukaan NDB BRICS
2015-07-22 14:45:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Kumpulan Bank Dunia (WBG), Kim Jim-Yong dan Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Takehiko Nakao semalam masing-masing mengucapkan tahniah terhadap pembukaan Bank Pembangunan Baharu BRICS atau NDB BRICS secara rasmi dan menyatakan akan mempererat kerjasama dengan bank tersebut.

Selain menyampaikan tahniah kepada Presiden NDB BRICS, K. V. Kamath serta lima negara anggota BRICS, iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, Presiden WBG menyatakan bahawa NDB BRICS bertujuan untuk memenuhi keperluan pembinaan infrastruktur yang cukup besar di seluruh dunia. WBG komited merapatkan kerjasama dengan NDB BRICS serta agensi multilateral lain, dan menjalankan pembiayaan bersama dalam projek pembinaan infrastruktur. Hubungan rakan kerjasama jenis ini amat penting demi matlamat membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2030.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China