China menyatakan bantahan keras terhadap Kertas Putih Pertahnan 2015 Jepun yang dikeluarkan semalam kerana menegur tapan alasan terhadap pembangunan ketenteraan dan tindakan maritim China dengan normal, membesar-besarkan "ancaman China" dengan niat jahat serta menciptakan suasana yang tegang dengan sengaja.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang media menegaskan bahawa China mengekalkan corak pembangunan secara damai, menjunjung dasar pertahanan bersifat defensif, dan strategi adalah telus. China meningkatkan keupayaan pertahanan merupakan tindakan yang normal dan tidak menjadi ancaman terhadap negara lain. Jepun mesti menghentikan penipuan terhadap rakyat Jepun dan meletakkan halangan bagi usaha memperbaiki hubungan China-Jepun.
China menjalankan pembinaan pulau dan terumbu di Kepulauan Nansha sama sekali adalah urusan dalam lingkungan kedaulatan China, tindakan itu tidak akan mempengaruhi dan juga tidak menyasarkan negara lain. Jepun mencampuri isu Laut China Selatan dengan sengaja bukan sahaja tidak berfaedah kepada kestabilan serantau, malah juga menjejaskan kesalingpercayaan politik dan keselamatan kedua-dua pihak.
Pulau Diaoyu adalah wilayah China sejak zaman purba. China akan terus mengambil tindakan untuk memelihara kedaulatan China.
Baru-baru ini, Jepun mengambil beberapa langkah yang melibatkan sektor ketenteraan dan keselamatan yang tidak pernah berlaku selepas Perang Dunia II. China menggesa Jepun agar menghentikan kegiatan yang mencipta situasi yang tegang dan pertentangan, mengambil lebih banyak tindakan yang berfaedah kepada keamanan serantau.