Cari:
Media Beberapa Negara Kritik Kertas Putih Pertahanan Jepun
2015-07-22 15:03:00 CRI Cetak

Selepas kerajaan Jepun meluluskan Kertas Putih Pertahanan 2015 semalam, sarjana dan media daripada Rusia, Indonesia,Thailand dan juga Jepun masing-masing mengkritik dokumen itu yang membesar-besarkan "teori ancaman China" serta menggembar-gemburkan mustahak rang Undang-undang Keselamatan Jepun. Mereka juga menganggap bahawa kebangkitan kekuatan militarisme di Jepun baru merupakan ancaman terhadap masyarakat antarabangsa.

Ketua Pusat Penyelidikan Jepun Institut Pengajian Jauh Timur Akademi Sains Rusia, Valery Kistanov menyatakan tindakan kerajaan Jepun yang memilik negarakan pulau Diaoyu pada tahun 2012 merupakan punca tercetusnya pertentangan serantau semakin meruncing dan situasi semakin serius. Selain itu, tindakan Jepun termasuk membatalkan larangan terhadap penggunaan hak pertahanan diri kolektif dan menggalakkan kelulusan Rang Undang-undang Keselamatan, bukan sahaja membolehkan pasukan tentera Jepun menjalankan misi di Laut China Timur, bahkan mencampuri isu Laut China Selatan. Ini sama sekali tidak berfaedah kepada penyelesaian perselisihan wilayah dan situasi keselamatan serantau.

Pengerusi Tabung Nanyang ASEAN Indonesia, Bambang Suryono menganggap bahawa dokumen itu membesar-besarkan "teori ancaman China", tetapi sebenarnya kebangkitan kekuatan militarisme di Jepun baru adalah ancaman sebenar terhadap masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China