Cari:
Tindakan Jepun Berkenaan Tidak Berfaedah kepada Dialog dan Kerjasama China-Jepun
2015-07-23 13:08:49 CRI Cetak

Jepun menggembar-gemburkan secara terbuka pencarigalian gas dan minyak China di kawasan perairan Laut Timur China. Tindakan Jepun itu adalah untuk mencipta pertentangan dengan sengaja dan tidak membawa sebarang makna bagi mengawal situasi Laut China Timur dan memperbaiki hubungan bilateral.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika diminta ulasan oleh wartawan mengenai laman sesawang Kementerian Luar Jepun menyiarkan maklumat tentang kedudukan dan gambar pelantar minyak dan asli China di Laut Timur semalam.

Lu Kang menyatakan bahawa China menjalankan aktiviti pencarigalian tersebut di kawasan perairan China yang tidak dipertikaikan. China berharap Jepun dapat merenung kembali dan membandingkan tindakan sendiri dengan persepakatan prinsip empat perkara yang dicapai kedua-dua pihka pada tahun lalu. Menurut beliau, China bersedia mengekalkan komunikasi dengan Jepun mengenai isu Laut China Timur, tetapi pihak Jepun mesti menyediakan suasana dan syarat yang baik bagi melaksanakan prinsip dan persepakatan mengenai isu Laut China Timur yang tercapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China