Cari:
China Tingkatkan Kemampuan Perkhidmatan Awam Maritim di Laut China Selatan
2015-07-23 14:40:57 CRI Cetak

Jabatan Pentadbiran Lautan Negara China akan menggubal rancangan untuk meningkatkan kemampuan perkhidmatan awam di kawasan perairan Laut China Selatan.

Jabatan tersebut dalam laman sesawangnya memaklumkan bahawa dalam tempoh pelaksanaan rancangan pembangunan negara lima tahun ke-13, pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan tahap perlindungan, penggunaan dan pengurusan terhadap pulau dan trumbu Kepulauan Nanshan dan kawasan perairan di sekitarnya. Kerja-kerja terlibat termasuk membina pusat sains dan penyelidikan laut, menjalankan penyelidikan teknologi penting dan menyediakan perkhidmatan yang melibatkan perlindungan dan pemulihan sistem ekologi terumbu karang dan perlindungan kepelbagaian biologi serta membina muzium spesimen dan bank gen haiwan marin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China