Cari:
China Sediakan Peluang Pelaburan USD 2.5 Trilion dalam Tangani Perubahan Iklim
2015-07-23 15:38:49 CRI Cetak

Demi merealisasikan matlamat menangani perubahan iklim pada tahun 2030 yang ditetapkan China, China akan menyediakan peluang pelaburan bernilai USD 2.5 trilion kepada bidang-bidang tidak melibatkan sektor kimia dan minyak. Ini akan menggalakkan syarikat-sayrikat China mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam usaha menangani perubahan iklim. Demikian dinyatakan penasihat utama sekretariat perubahan iklim Setiausaha PBB, Chung Raekwon semalam.

Dalam Sidang Kemuncak Fokuskan Iklim China, Chung Raekwon menyatakan bahawa dokumen mengenai sumbangan China dalam usaha menangani perubahan iklim yang diserahkan kepada Sekretariat Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan sumbangan yang penting bagi pencapaian perjanjian baharu dalam Persidangan Parti-Parti Ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB yang bakal diadakan di Paris pada penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China