Cari:
China Rakan Kerjasama bagi Order Dunia Sedia Ada
2015-07-23 15:50:00 CRI Cetak

Dalam Sidang Tahunan "Forum Global Masa Depan China 2015" yang diadakan di Singapura baru-baru ini, pegawai kerajaan dan sarjana dari China, AS, Singapura dan negara lain mengadakan perbincangan dan sepakat berpendapat bahawa China merupakan rakan kerjasama bagi order dunia yang sedia ada. Gagasan "Satu Jalur, Satu Laluan" dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) atas inisiatif China bertujuan mewujudkan situasi menang-menang dan saling menguntungkan serta kemakmuran bersama dengan pelbagai negara di dunia.

Duta Besar Keliling Singapura yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Singapura ke AS dan wakil tetap Singapura ke PBB, Tommy Koh menganggap bahawa China dan AS akan mengekalkan hubungan damai. Pemimpin kedua-dua negara juga pernah menyatakan bahawa China dan AS boleh bekerjasama ketika mempunyai kepentingan bersama, dan menangani bersama ketika perselisihan berlaku. Beliau percaya dan menyokong rancangan pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" dan AIIB, beliau menganggap gagasan itu adalah inovasi fikiran diplomatik.

Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Mari Elka Pangestu juga menganggap bahawa rancangan pembangunan "Satu Jalur, Satu Laluan" menyediakan rangka untuk mewujudkan kesalinghubungan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China