Zhangjiakou, salah sebuah pangkalan industri lama yang pernah mencapai kecemerlangan pada masa dahulu, mula menghadapi cabaran dari segi pembangunannya setelah dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di China. Demi masa depannya, Zhangjiakou berusaha mempromosikan aktiviti sukan musim sejuk dan sektor pelancongannya pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sekiranya Zhangjiakou dan Beijing berjaya dalam permohonan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, persekitaran dan infrastruktur di bandar itu akan bertambah maju.
Padang Ski Genting di kaunti Chongli yang dilabur oleh syarikat dari Malaysia telah menerima tinjauan pakar Persatuan Ski Antarabangsa pada bulan November tahun lalu. Padang ski itu merupakan salah satu venue yang disenaraikan dalam permohonan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 bagi bandar tersebut.