Cari:
Tomiichi Murayama Ajukan Bantah Kepada Shinzo Abe
2015-07-24 13:21:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Bekas Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama yang telah berumur 91 tahun menyampaikan ucapan di depan bangunan Diet Jepun di Tokyo semalam untuk mengajukan bantahan terhadap tindakan pemerintah Perdana Menteri, Shinzo Abe yang mengabaikan pendapat umum rakyat, meminda tafsiran perlembagaan secara sewenang-wenangnya dan meluluskan rang Undang-undang Keselamatan secara paksa di Dewan Perwakilan.

 

Pada hari yang sama, Murayama bersama-sama dengan lebih seribu penduduk yang menyertai perhimpunan protes melaungkan slogan "Mentang rang Undang-undang Peperangan", "Menentang sabotaj terhadap perlembagaan dan "Mengutuk keras pengundian secara paksa" untuk mengemukakan bantahan yang keras terhadap pemerintahan Abe.

Dalam ucapannya, Murayama berkata, dalam tempoh70 tahun selepas Perang Dunia Kedua, perlembagaan damai Jepun sentiasa memelihara negara ini menjauhkan diri daripada ancaman perang. Tindakan kekerasan pemerintahan Abe yang mengabaikan pendapat umum rakyat tidak dapat dimaafkan. Beliau akan bertungkus lumus untuk menghalang pelaksanaan rang Undang-undang Keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China