Cari:
Ahli Kongres AS Persoalkan Perjanjian Komprehensif Program Nuklear Iran
2015-07-24 14:47:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Ahli Kongres Parti Republikan AS semalam mengkritik Setiausaha Negara, John Kerry "ditipu" oleh Iran dalam isu perjanjian komprehensif yang dicapai antara enam negara berhubung isu nuklear Iran dengan Iran sebelum ini.

John Kerry membalas dengan berkata, perjanjian tersebut merupakan "satu-satunya pilihan" yang boleh menyelesaikan isu nuklear Iran. Beliau menyeru Kongres AS meluluskan perjanjian tersebut. Kerry menegaskan bahawa tindakan ketenteraan untuk menghalang Iran memiliki senjata nuklear adalah "agak rumit" bagi AS dan tidak akan memdapat sokongan daripada negara sekutu. Beliau memberi amaran bahawa jika Kongres menolak perjanjian itu, AS akan dipulaukan, manakala Iran akan mempercepat proses pengayaan uranium dan masyarakat antarabangsa pula tidak dapat menjalankan pemeriksaan secara berkesan.

Pada hari yang sama, Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS mengadakan sesi pendengaran untuk mengkaji semula perjanjian program nuklear Iran. John Kerry bersama dengan Menteri Sumber, Ernest Moniz dan Setiausaha Perbendaharaan, Jacob Lew menghadiri sidang tersebut.

Kongres AS mempunyai 60 hari untuk membuat keputusan mengenai sama ada menyokong perjanjian tersebut atau tidak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China