Cari:
Pertahankan Perisytiharan Potsdam Tanggungjawab Setiap Pemelihara Perdamaian
2015-07-24 17:09:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tahun ini ialah ulang tahun ke-70 pengeluarkan Perisytiharan Potsdam. Jabatan Penerbangan Dewan Negara China mengadakan sidang media untuk memaklumkan latar belakang, isi kandungan dan erti Perisytiharan Potsdam petang semalam.

Pada 26 Julai tahun 1945, China, AS dan Britain bersama-sama mengeluarkan Perisytiharan Potsdam yang bertujuan untuk mendesak Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Dengan ini, sebuah dokumen penting yang meletakkan asas order antarabangsa pasca perang dikeluarkan.

Ahli penyelidik Institut Pengajian Undang-Undang Antarabangsa Akademi Sains Sosial China (CASS), Zhao Jianwen berkata, Perisytiharan Potsdam amat bermakna untuk mengehadkan hak peperangan Jepun dan menangani masalah banduan perang, selain menjadi asas bagi hubungan China dan Jepun serta bermanfaat bagi memelihara perdamaian di Asia bahkan di dunia.

Ketika menyebut tindakan kerajaan Jepun yang meluluskan rang Undang-undang Keselamatan baharu secara paksa, dan berniat untuk mengatasi sekatan Perisytiharan Potsdam, ahli penyelidik Institut Pengajian Jepun CASS, Lv Yaodong menyatakan bahawa mengketepikan militarisme dan membentuk kerajaan yang mengutamakan perdamaian adalah salah satu kandungan penting dalam perisytiharan tersebut. Mempertahankan Perisytiharan Potsdam adalah menghormati dan memperingati mereka yang memberi sumbangan kepada perjuangan anti-Fasis dan juga merupakan tanggungjawab dan misi bagi semua pemelihara perdamaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China