Cari:
10 Pemisah Tibet Ditangkap di Australia
2015-07-24 11:53:25 CRI Cetak

Lebih 30 orang pemisah Tibet menyerbu masuk secara haram Konsulat Jeneral China di Sydney, Australia petang kelmarin, mengoyakkan bendera kebangsaan China serta mengakibatkan seorang pegawai China cedera. Menurut maklumat terkini daripada polis Australia, 10 orang antara pemisah tersebut telah ditangkap.

Dalam sidang media semalam, Naib Ketua Konsul China ke Sydney, Tang Ying memaklumkan bahawa Kongres Pemuda Tibet (TYC) di Sydney mengumpulkan lebih 60 orang mengadakan tunjuk perasaan di depan pintu pejabat konsul itu pada tengah hari kelmarin. Pada pukul 1.15 petang hari itu, lebih 30 orang penunjuk perasaan merempuh garis pertahanan yang diletakkan polis dan menyerbu masuk ke halaman konsulat dan cuba merempuh pintu bangunan utama serta melemparkan batu. Pada masa yang sama, ada pemisah Tibet mengoyakkan bendera kebangsaan China.

Kedutaan China ke Australia mengeluarkan kenyataan semalam untuk mengutuk keras kegiatan pemisah Tibet itu. China telah mengeluarkan bantahan serius kepada Australia dan menuntut Australia menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah berdasarkan Konvensyen Vienna tentang Hubungan Diplomatik dan mengambil tindakan berkesan untuk meningkatkan perlindungan terhadap badan dan pegawai diplomatik China di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China