Dalam keadaan ekonomi global yang lembap, strategi "Satu jalur & satu laluan" (OBAOR) yang dianjurkan oleh China dapat menyuntik momentum yang baharu untuk ekonomi dunia. Hong Kong dapat memperoleh peluang perkembangan yang berharga daripada pelaksanaan strategi tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Jabatan Kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China, Tsang Chun-wah semalam.
Menurut beliau, pasaran global optimistik terhadap strategi OBAOR memandangkan negara-negara dari pelbagai benua aktif menganggotai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Mereka memandangkan strategi itu sebagai tunggak utama dalam mendorong pertumbuhan ekonomi global pada masa depan.
Tambah beliau, Hong Kong mempunyai kedudukan geografi yang unik dan kelebihan dalam bidang kewangan, perdagangan, pengangkutan dan undang-undang. Pihaknya dapat berkongsi peluang perkembangan yang besar dalam proses pelaksanaan strategi itu. Kelebihan tersebut akan membolehkan Hong Kong menjadi pintu pasaran Tanah Besar China untuk bersambung dengan entiti ekonomi di sepanjang laluan OBAOR.