Cari:
Demonstrasi Bantah Pemerintah Shinzo Abe di Jepun
2015-07-25 14:42:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kira-kira 3,000 orang penduduk Jepun mengadakan tunjuk perasaan "mengatakan tidak kepada pemerintah Shinzo Abe" di Taman Hibiya, Tokyo semalam.

Mereka mengajukan bantahan keras terhadap tindakan pemerintah Abe yang tidak mengendahkan pendapat rakyat dalam dasar-dasar penting yang melibatkan rang undang-undang keselamatan, loji nuklear, pangkalan tentera AS dan Perjanjian Perkongsian Strategik Trans-Pasifik (TPP).

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan "Abe meletakkan jawatan!", "memelihara perlembagaan!" dan "menentang peperangan!"

Bekas Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama menyertai perhimpunan protes yang diadakan di depan bangunan Diet Jepun pada malam itu. Beliau mengkritik sikap politik Abe sama seperti seorang diktator.

Dewan Undangan Jepun dimaklumkan akan membahaskan rang undang-undang keselamatan pada 27 Julai depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China