Cari:
Kewibawaan Perisytiharan Potsdam Tidak Boleh Disangkal
2015-07-26 15:01:13 CRI Cetak

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 Kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia. Pada hari ini 70 tahun dahulu, China, Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah menandatangani Perisytiharan Potsdam yang mendesak Jepun menyerah kalah. Pada 2 September tahun yang sama, kerajaan Jepun menandatangani surat menyerah diri dan mengumumkan menerima perisytiharan tersebut dan menyerah diri tanpa syarat.

Ahli penyelidik Institut Undang-Undang Antarabangsa Akademi Sains Sosial China, Zhao Jianwen berkata, Perisytiharan Potsdam merupakan asas perundangan bagi pembinaan kedamaian dunia dan tatatertib antarabangsa pasca Perang Dunia Kedua. Kedudukan perisytiharan ini dari segi sejarah dan kuasa undang-undang tidak boleh disangkal atau digoyahkan.

Ahli penyelidik Institut Kajian Jepun Akademi Sains Sosial China, Lv Yaodong menyatakan bahawa menurut dokumen tersebut dan undang-undang antarabangsa, Jepun perlu memulangkan pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya yang dirampasnya semasa Perang China-Jepun pada 1895, kepada China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China