Cari:
Pertahankan Kewibawaan Perisytiharan Potsdam Amat Bermakna
2015-07-26 15:16:13 CRI Cetak

Ahli penyelidik Institut Kajian Jepun Akademi Sains Sosial China, Gao Hong ketika diwawancara wartawan menyatakan bahawa Perisytiharan Potsdam memainkan peranan politik yang amat penting dalam membanteras imperialisme Jepun dan mengakhiri Perang Dunia Kedua. Menurut beliau, perisytiharan tersebut juga memberi pengaruh besar kepada Jepun untuk membangun secara damai pasca perang.

Ahli penyelidik Institut Undang-Undang Antarabangsa Akademi Sains Sosial China, Zhao Jianwen berkata, dokumen undang-undang seperti Deklarasi Kaherah dan Perisytiharan Potsdam merupakan asas hubungan China-Jepun. Sekiranya dokumen tersebut dinafikan, ini bermakna asas bagi empat dokumen politik hubungan China-Jepun dinafikan.

Kerajaan Shinzo Abe telah meluluskan Draf Pertahanan Keselamatan Baharu yang bertujuan untuk membatalkan larangan hak pertahanan diri kolektif dengan tidak mempedulikan bantahan dalam negeri. Tindakan ini tidak pernah dilakukan Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Profesor Takahashi Tetsuya dari Universiti Tokyo menyatakan bahawa perang pencerobohan yang dilakukan Jepun pada masa itu telah membawa malapetaka yang serius kepada negara-negara jirannya. Melepaskan peperangan dan menolak hak pertahanan diri kolektif merupakan komitmen Jepun kepada masyarakat antarabangsa dan juga asas bagi Jepun untuk menjalinkan semula hubungan dengan negara-negara jiran seperti China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China