Cari:
Kedudukan Sejarah Perisytiharan Postdam Tidak Boleh Digoyah
2015-07-26 15:36:32 CRI Cetak

Pada 70 tahun yang lalu, iaitu 26 Julai 1945, Amerika Syarikat (AS), Britain dan China telah bersama-sama mengeluarkan Perisytiharan Postdam untuk mendesak Jepun menyerah kalah. Perisytiharan ini telah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan tatatertib baharu masyarakat antarabangsa dan merealisasikan pembangunan damai dan stabil di Asia. Pakar isu Jepun dari Rusia, Valery Kistanov ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa Perisytiharan Postdam mempunyai makna sejarah dan realiti yang penting dan kedudukannya dari segi sejarah tidak boleh digoyah.

Valery Kistanov menegaskan bahawa walaupun 70 tahun telah berlalu, namun kedudukan sejarah perisyatiharan tersebut tidak boleh digoyah. Selain itu, semua negara pemetrai termasuk Jepun yang bersetuju syarat dalam perisytiharan tersebut bertanggungjawab mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalamnya. Namun menurut beliau, yang mengesalkan ialah Jepun tidak mematuhi peraturan berkenaan, sebaliknya masih menimbulkan pertikaian wilayah dengan China, Korea Selatan dan Rusia, bahkan membangunkan industri ketenteraan yang maju.

Valery Kistanov berpendapat bahawa negara-negara Asia Timur dan masyarakat antarabangsa perlu berwaspada terhadap niat pihak berkuasa Jepun untuk mengubah sejarah Perang Dunia Kedua, menggesa Jepun mengakui sejarah dan memikul tanggungjawab yang sewajarnya, melindungi undang-undang antarabangsa dan kedamaian serantau dan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China