Cari:
Delegasi Beijing Tiba di Kuala Lumpur
2015-07-26 15:09:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Delegasi Suruhanjaya Permohonan Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing tiba di Kuala Lumpur petang semalam. Mereka akan menyertai Perhimpunan ke-128 Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) yang bakal diadakan pada 31 Julai hingga 3 Ogos depan.

Bandar tuan rumah bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24 tahun 2022 akan dipilih dan diumumkan dalam perhimpunan tersebut.

Pengerusi suruhanjaya Beijing, yang juga Datuk Bandar Beijing, Wang Anshun memberitahu wartawan bahawa, delegasi Beijing akan sekali lagi menyampaikan aspirasi rakyat China terhadap Sukan Olimpik dan menunjukkan kemampuan dan keyakinan Beijing untuk menjayakan temasya sukan itu.

Dimaklumkan, Almaty dan Beijing, dua buah bandar calon akan masing-masing membuat penyampaian dan menjawab soalan pada pagi 31 Julai ini. Selepas itu, kedua-dua bandar akan mengadakan sidang media secara berasingan. Pada petang hari yang sama, IOC akan memilih bandar tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 selepas mendengar laporan penilaian berkenaan, dan keputusan akan diumumkan oleh Pengerusi IOC, Thomas Bach.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China